Masuk tahun ke-4 saya membelai "Orkid Harimau" dari hanya 3 anak benih kini saya mempunyai 8 pasu besar Orkid Harimau. Mungkin tahun ini jika diizinkan Allah SWTmungkin ada yang akan mengeluarkan bunga.
Ini serumpun lagi yang terus hidup subur dan banyak mencambahkan anak "orkid Harimau" yang sihat dan montel. Saya hanya mengunakan baja organik, tahi kambing dan kompos daun yang dibakar bagi mempastikan kesihatan yang baik. Hanya semasa mengalihkan anak benih kedalam pasu besar dengan bahagian bawah dalaman pasu sedikit tanah "red earth compose" sekitar 3 inci tebal dan mengunakan batu bata merah dan arang sebagai media utama dengan batu2 sungai bagi memenuhi ruang dalam pasu ini.
Inilah hasilnya, syukur dengar "crown" bunga Orkid Harimau yang paling besar berukuran 2 kaki tinggi dan 1.5 kaki lebar. dengan bunga yang terus berkembang sepanjanj 3 kaki kebawah.. Bunga Orkid Harimau ini akan bertahta sehinga 2.5 - 3 bulan, jika cuaca terus stabil.
Memang besar dan gigantic- cantik dengan tompok 2 indah berwarna coklat dan oren serta kuning keemasan - inlah kazanah negara yang paling berharga yang ingin saya abadikan. Sungguh menenangkan pada jiwa halus..penuh mengkagumi alam milik Allah Rabul Jalil ini.
Dari satu sudut yang lain....puas dengan usaha yang tidak sia-sia ini.
No comments:
Post a Comment