Friday, August 29, 2008

Tiger Orchid Lasting Impression.



Lebih dari 4 tahun saya membelai anak "Orkid Harimau" ini. Saya membeli anak benihnya di perkampungan orang Asli di Rompin, Pahang. Saya kira harga dan mutu benih yang dibeli tidaklah begitu baik. Memandangkan ketika itu musim panas dan anak benih yang dituai masyarakat orang Asli di Rompin ini tidak menilai mutu anak benih. Ini sebahagian dari sumber hutan yang mereka usahakan untuk menambah pendapatan keluarga.  Namun saya peka dengan undang-undang, spesis "Orkid Harimau" adalah tanaman atau tumbuhan orkid liar yang dilindungi. Sesiapa yang mengambil "Orkid Harimau" dari kawasan hutan simpan atau hutan kekal adalah satu kasalahan dan boleh diambil tindakan oleh Jabatan Perhutanan.

Berbalik kepada minat saya menanam "Orkid Harimau" bukanlah satu usaha yang mudah, jika tidak memahami tabiat pokok spesis orkid ini. Yang mana negara kita memeiliki ratusan spesis orkid yang pelbagai rupa dan bentuk. "Orkid Harimau" pula menjadi Orkid yang paling besar dan cantik bunganya. Bunga yang keluar dari perdu rumpun "Orkid Harimau" bersaiz dan kadang2 tangkai bunga melebihi 1 meter. Bunga "Orkid Harimau" boleh terus segar sehingga 3 bulan lamanya jika dijaga rapi.

"Orkid Harimau" adalah spesis orkid yang lambat berbunga, ada yang menenamnya hampir sepuluh tahun tanpa mengeluarkan bunga walau pun dijaga rapi. Tetapi ada juga yang bernasib baik dimana 'Orkid Harimau" akan membesar dengan cepat dan mula mengeluarkan bunga dalam tempoh 3-4 tahun selepas ditanam.


(For almost 4 years, I have been nursing this wonderful orchid from the wild. I consider myself to be lucky and to certain extent the aura that befit a green finger. Some say it took years - an average of 10 years only than you might be able to see the Tiger Orchid blooming from a pot. However for me, thanks to god for showing me that if you love nature with all your heart you will be rewarded. So, lets us together go through the stages from the day of the flowering stalk appeared until now.)



Bunga Orkid Harimau yang tumbuh dari pangkal perdunya.



Perdu atau tangkai bunga Orkid Harimau sedang membesar.



Bahagian pangkal perdu 'Orkid Harimau" mula berbunga dgn tangkai yg akan terus  membesar sehingga 4 kaki panjang. Pokok yang ini 
mula mengeluarkan bunga setelah 4 tahun ditanam. Mula berbunga 
pada bulan Julai tahun 2008.  Ini setelah berlaku banjir besar di Daerah 
Kota Tinggi pada awal tahun 2007-lebih kurang setahun setengah 
selepas kejadian bencana.


Dated on the 21st August 2008.



(The 1st flower blooming at the lower end of the stalk.)

Inilah  rumpun 'Orkid Harimau yang pertama mengeluarkan bunga
yang sangat cantik berwarna bintek2 coklat dan kuning.

Ketinggian tangkai bunga "Orkid Harimau" ini hampir mencecah empat kaki tinggi dan mula mengeluarkan bunga dari bahagian bawah atau pangkal batang.perhatikan yang bahagian atas tangkai masih lagi belum  berkembang terbuka. Itu putik-putik bunga "Orkid Harimau" yang akan membuka kelopaknya peringkat demi peringkat dalam tempoh 2 hingga 3 minggu. Keseluruhan bunga akan berkembang dalam masa 3 minggu dan apa yang saya perhatikan bunga "Orkid Harimau" akan bertahan segar selama 3 bulan jika  penjagaan rapi dibuat. Seperti membersih, membaca dan menyiramkan air secara berhati2 pada bahagian  bunga. In Sha Allah bunga "Orkid Harimau" akan terus menyerikan taman anda selama 3 bulan.

(The crown of the flowering stalk is now waiting for full bloom .... amazing and wonderful.)



(23rd August 2008 the second flower blooms at the lower end of the stalk)




Para Ahli Horticulture mengakui memang amat sukar membiakan "Orkid Harimau" dikawasan yang luar dari habitat asalnya. Kelembapan hutan tropika dan lindungan kanopi pohon hutan yang tingi memberi suatu keadaan yang amat sesuai untuk "Orkid Harimau" tumbuh dan membiak dihutan2 Malaysia. 

Orkid Harimau jika ditanam dikawasan sekitar rumah yang terdedah kepada cuaca panas menyebabkan pertubuhan yang lambat dan selalunya membantutkan sehingga rumpun "Orkid Harimau" akan mati. Apa yang saya perhatikan, jika anak benih yang dibeli dari penduduk Asli di Daerah Rompin ini, kita harus mendidik dan menanamnya dibawah pokok atau pohon yang boleh memberi perlindungan dari pancaran matahari. Sebaiknya, hanya diberi pendedahan pancaran matahari pada waktu pagi sahaja...setelah masuk waktu tengahari hinggalah ke petang jika boleh anak benih tidak terdedah pada sinaran matahari. Antara waktu tengahari hingga petang kadar suhu udara sangat kering.

Orkid Harimau memberi cabaran kepada penanamnya dalam pelbagai sudut, ada peminat orkid yang merungut kerana "Orkid Harimau" yang ditanam tidak berbunga walaupun telah ditanam 7 hingga 10 tahun. 

(Horticulturist did acknowledged that, Tiger Orchid is the most difficult to grow and take many years to bloom. Some say its tooks 10 to 12 years before you can a bloom. A full bloom will present the most spectacular crown within the orchid family. The soothing sight and satisfaction to any garden hobbyist. I have 8 gigantic pot of this Tiger Orchid. My most valuable possession where money can't buy.)
Orkid Harimau perlu disiram pada waktu pagi sekitar jam 6 -8 pagi. 

Jangan siram dalam cuaca yang  panas. Daunnya akan mudah melecur. 
Walaupun helaian daun agak tahan panas pada  umur 3 -4 tahun rumpun,

(A healthy looking stalk coming out from the base of the stem, an exotic wild Tiger Orhid which I nurse and care for over 4 years now.)


Saya akan bersara pada penghujung tahun 2009 dan akan berpindah dari Bandar Kota Tinggi dan duduk dirumah kami di Seremban yang telah kami beli pada tahun 1982. In Sha Allah jika diberi kekuatan oleh Allah SWT saya akan terus menanam dan membelai orkid harimau ini. In Sha Allah...jika diizinkan Allah..



No comments: