Assallamualaikum sahabat semua;
Selepas bersara dari berkerja sepenuh masa saya menduduki rumah saya di Senawang tak sampai dua tahun. Selepas tertunainya rukun kelima pada tahun 2010. Saya dan isteri ingin sekali duduk dikampong. Kami membaik pulih dan membina bangunan baru dikampong, supaya lebih selesa untuk kami dan anak2. Jadi pada akhir tahun 2010 kami nekad pulang ke kampong untuk merasa duduk dirumah yang kami bina.
Selepas bersara dari berkerja sepenuh masa saya menduduki rumah saya di Senawang tak sampai dua tahun. Selepas tertunainya rukun kelima pada tahun 2010. Saya dan isteri ingin sekali duduk dikampong. Kami membaik pulih dan membina bangunan baru dikampong, supaya lebih selesa untuk kami dan anak2. Jadi pada akhir tahun 2010 kami nekad pulang ke kampong untuk merasa duduk dirumah yang kami bina.
Tetapi kehidupan begitulah, kita merancang dan yang menentukan Allah SWT. Cuma dapat 1 1/2 tahun sahaja duduk menetap di kampong. Dapatlah mengemas dan membaiki mana yang rosak dan membelai tanaman yang semakin membesar.
Walaupun telah bersara, namun saya yang sejak muda nya memang seorang yang aktif dan suka mengembara. Pada akhir tahun 2011 saya telah mula pergi keluar negara, kerana mendapat peluang membawa pelancung2 dari Malaysia keserata tempat didunia. Kembalilah saya berhijrah ke bandar semula bagi memudahkan pergi kekerja sambilan ini.
Saya memilih untuk duduk di rumah lama saya di Rahang Seremban, yang begitu dekat dengan bandar. Lebih kurang 1 kilometer jauhnya dari tengah bandar Seremban. Saya teringin juga pulang kesini dan tinggal menetap mungkin. Inilah antara rumah yang mula saya beli. Pada usia 26 tahun, bila ramai ketika itu orang lain beli kereta, saya memilih untuk mencari tempat berteduh kepunyaan sendiri.. Ini bermula pada tahun 1981 lagi.
Rumah yang lama saya tinggalkan, disini ramai kawan2 lama yang masih menetap dan itu membuat saya merasa lebih selesa. Kerana, teringat masa muda, bersama dengan rata2 penduduk masih berusia muda ditaman perumahan antara yang paling awal di bandar Seremban. Sekarang Taman ini telah berusia lebih dari 40 tahun.
Allah SWT begitu pemurah pada saya, bersyukur saya membeli nya dulu, walau keliling taman ini telah banyak berubah. Pembangunan begitu cepat sekali. Dulu taman ini dikelilingi kebun getah dan jalan masuk ke taman ini terpaksa melalui taman-taman yang lain berhampiran bandar Seremban. Sekarang telah ada lingkaran lebuh raya baru yang memudahkan kami keluar masuk ke Taman Perumahan lama ini. Selain saya mendapatkan rumah tepi yang ada tanah untuk bercucuk tanam ada juga tanah2 yang terbiar serta rizab yang agak luas.
Inilah juga dinamakan rezeki, dapat juga bercucu tanam sambil dapat mengeluarkan peluh. Penting untuk kesihatan dengan beriadah secara menanam pokok dan sebagainya. Lebih kurang macam kebun dalam bandar lah.
Inilah yang termampu saya lakukan dengan tanah2 ini sejak 3-4 tahun yang lepas bila tiada aktiviti luar negara.
Pokok buah-buahan yang ditanam 3-4 tahun lalu terus membesar. ini poko jambu air- benih Siam. Tak tahulah buah nya macam mana rupa nya. Macam orang Siam jugak ke? |
Pemandangan sekitar kawssan yang saya usahakan. Sambil dapat hasil untuk dimakan dapat keluar peluh. |
Pokok lemon yang baru ditanam lebih kurang 1 tahun lebih - cepat pulak berbuah..rezeki2..syukur pada Allah SWT ini semua kerja dia nak bagi macam2. |
No comments:
Post a Comment