ACEROLA l BARBADOS CHERRY IN MALAYSIA
Pokok Ceri Acerola atau ceri Barbados, yang hidup segar di tepi rumah kami. Kebun dalam bandar yang ditanam dengan pelbagai tanaman keperluan harian. Sayur-sayuran, pokok2 buah2 an yang menghasilkan buah sepanjang tahun.
Ceri Barbados, hidup subur dan kini saya mencuba teknik pencambahan benih yang paling baik dan murah secara alami dengan mengelakan teknik2 hybrid dan lab cloning.
Barbados Ceri, adalah buah ceri yang terbaik di dunia yang memberi kandungan pelbagai nutrisi juga vitamin2 serta mineral2 yang amat di perlukan olih tubuh badan kita. Yang paling ketara adalah kandungan Vitamin C yang kedua tertinggi didunia. Sebiji Ceri Barbados menghasilkan sama dengan 7 buah citrus/ atau 7 buah epal hijau. Kerana tingginya kandungan Vitamin C dalam ceri Barbados, ceri Barbados telah di tanam secara komersil dengan teknik penenaman yang berteknology tinggi di benua Amerika Utara dan Australia. Salah satu syarikat gergasi besar didunia yang menghasilkan makanan kesihatan ialha Amway. Ceri Barbados menjadi bahan utama, pil2 makan kesihatan Vitamin C keluaran mereka. Setelah di proses dan di kapsulkan dijual serata dunia dengan harga yang pasti mahal produk Vitamin C suplemen yang berkualiti tinggi.
Pokok Calliandra Emarginata, atau Calliandra adalah pokok bunga yang sesuai untuk dijadikan pokok2 hiasan di halaman rumah. Pokok bunga yang sentiasa berbunga sepanjang masa. Bunga nya yang berkembang silih berganti menjadikan Calliandra yang paling di gemari oleh kumbang2 atau pelbagai jenis lebih dari lebah madu, lebah kelulut, lebah lain seperti tebuan dan lebah2 lain.
Paling banyak didatangi lebah ke pokok Calliandra pada waktu pagi, ini disebabkan oleh banyak nya madu yang dihasilkan setiap bunga Calliandra.
Pokok lemon antara pokok2 buah2 an yang paling saya seronok menanam dan membiakan dengan pelbagai teknik. Tut - adalah pilihan utama dalam membiakan bibit lemon, selain itu kaedah "cutting" menanam dengan mengunakan potongan dahan muda atau tunas air, terus menanam kedalam media yang bersesuaaian. Selalunya saya letakan dibawah pokok yang lebih besar agar terlindung dari terik matahari. Pokok lemon amat mudah di -biakan dengan pelbagai cara.
Kerana sifat Calliandra yang berbunga sepanjang tahun dan madu yang dihasilakam bunga2 Calliandra memang banyak sekali. Bunga nya yang menarik juga dikenali sebagai "puffy flower" di Malaysia.
Caliandra (Puffy Flower)
No comments:
Post a Comment